Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

GRADUAN SABAH DINASIHAT JANGAN PILIH KERJA

Kongsi maklumat ini
Tags

yktKota Kinabalu – Para graduan di Sabah dinasihatkan supaya tidak memilih pekerjaan, terutama ketika negara menghadapi pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata graduan hendaklah merebut apa sahaja peluang pekerjaan yang ada untuk memperbaiki diri dan mengutip pengalaman sebelum memperoleh kejayaan dalam kerjaya mereka.

“Ambil sahaja apa-apa pekerjaan yang tersedia dan daripada situ, belajarlah untuk melakukan kerja dengan baik,” katanya ketika merasmikan Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat negeri di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Musa berkata kerajaan akan sentiasa memainkan peranannya dalam memastikan banyak peluang pekerjaan diwujudkan di negeri ini untuk diisi oleh rakyat tempatan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.