Kiriman pada: Wed, Jul 30th, 2014
Ekonomi | Oleh

Green Tech Unjur Permintaan Untuk Pembiayaan Hijau RM70 Bilion Menjelang 2030

Kongsi maklumat ini
Tags

GreentechKuala Lumpur  –  Permintaan pembiayaan untuk teknologi hijau dijangkakan meningkat kepada RM70 bilion antara 2015 dan 2030 berdasarkan potensi besar sektor itu yang belum diteroka.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech) Ahmad Hadri Haris berkata pembiayaan memain peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan teknologi hijau, dan Malaysia diperakui sebagai negara yang mempunyai pembiayaan hijau yang sudah kukuh

. “Pembiayaan hijau Malaysia sangat unik. Negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia mempunyai bank pembiayaan khusus untuk projek hijau, namun kami bekerja bersama bank-bank sedia ada untuk menggerakkan skim pembiayaan teknologi hijau (GTFS),” katanya.

Setakat Jun, 23 bank menyertai GTFS, termasuk Malaysian Debt Ventures Bhd (MDV), dengan sejumlah RM1.95 bilion diagihkan untuk 141 projek yang mewujudkan 2,014 pekerjaan, selain mengurangkan pelepasan karbon (CO2) sebanyak 2.29 juta tan setahun.

GTFS dimulakan pada 2010 untuk tempoh lima tahun dan menyasarkan pengeluar dan pengguna teknologi hijau, dengan kerajaan memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion.

Mengenai pengirim

-

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.