Kiriman pada: Fri, Jan 8th, 2016

GST Penyelamat Ekonomi Negara – PM

Kongsi maklumat ini
Tags

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April tahun lepas, dari segi makronya merupakan penyelamat kepada kewangan dan ekonomi negara pada keseluruhannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata, pelaksanaan GST telah mendapat kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih RM27.126 bilion pada Disember 2015.

“Kutipan bersih GST itu dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini,” katanya pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di sini hari ini.

“Pelaksanaan GST dari segi aspek makro menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum. Maka, tidaklah salah kalau saya menyatakan bahawa dari segi makro, GST merupakan penyelamat kepada keadaan kewangan dan ekonomi negara pada keseluruhan,” katanya.

Najib berkata, harga minyak juga dijangka kekal rendah pada tahun ini dengan penyusutan pendapatan kerajaan dianggarkan lebih RM30 bilion.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.