Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

GST: Tempoh Serah Penyata Gst-03 Dilanjut Sehingga 14 Ogos

Kongsi maklumat ini
Tags

fhadfnPutrajaya – Tempoh penyerahan penyata taksiran pertama (penyata GST-03) bagi perniagaan berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilanjutkan sehingga 14 Ogos ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad.

Tarikh akhir penyerahan penyata pertama bagi tempoh bercukai tiga bulan pertama dari 1 April hingga 30 Jun sepatutnya adalah pada atau sebelum 31 Julai ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Jabatan Kastam akan membuat taksiran cukai mengikut peruntukan Seksyen 43 Akta GST 2014 sekiranya syarikat berdaftar GST gagal mengemukakan penyata pada tarikh tersebut.

Katanya, tidak ada perlanjutan tempoh pembayaran atau penghantaran penyata GST-03 kepada pendaftar GST yang mana tempoh bercukai adalah secara bulanan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.