Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Gugur Muhyiddin Keputusan Yang Amat Sukar

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet adalah satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Perdana Menteri berkata kabinet perlu bertindak sebagai pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

“Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan namun sebagai anggota kabinet perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama,” kata Najib ketika mengumumkan senarai anggota kabinet baharu di Perdana Putra.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan oleh Muhyiddin serta menteri dan timbalan menteri yang kini tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.