Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

Guna Barangan Tempatan

Kongsi maklumat ini
Tags

B8e0dJyCUAAqGwSDi mana-mana, rakyat mengeluh dengan keadaan ekonomi semasa. Kejatuhan nilai Ringgit yang merupakan fenomena global menyebabkan kehidupan khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana amat tertekan. Malah, golongan perniagaan turut menerima tempias. Tiada siapa boleh jamin bila sebenarnya Ringgit akan pulih. Perubahan nilai mata wang berkait rapat dengan faktor luaran di samping sentimen dan persepsi pasaran.

Apa yang perlu ialah berusaha mengurangkan seminimum mungkin kesan daripada penurunan nilai Ringgit. Kita tidak boleh mengharapkan langkah kerajaan semata-mata. Antara yang boleh dilakukan ialah mengutamakan penggunaan barangan buatan Malaysia.

Cara itu akan mendorong kegiatan ekonomi seterusnya menguntungkan, Kita menyambut baik usaha kerajaan untuk melancarkan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia pada Oktober ini, Juga ada baikknya kempen seumpama itu di jadikan dasar kerajaan sepanjang tahun. Bukan apabila ujud masalah seperti sekarang.

Bagi orang ramai pula sewajarnya kita mengutamakan barangan buatan Malaysia bagi mengurangkan pergantungan kepada barangan import yang pasti harganya semakin meningkat sekarang, Dengan membeli barangan buatan Malaysia kita juga menyokong industri tempatan termasuk didalam bidang pebuatan perabut, penjagaan kesihatan, pengeluaran kelengkapan dapur dan banyak lagi.

Tidak dinafikan kesedaran masyarakat Malaysia hari ini mengenai kepentingan dan tabiat berbelanja mengutamakan produk-produk tempatan dalam pembelian semakin meningkat, bagaimanapun usaha bagi menyakinkan mereka perlu terus di pertingkat.

Begitu juga mengenai soal tanggapan, Ada yang mengangap barangan buatan tempatan tidak berkualiti, lebih dari itu ada segelintir yang berpendapat hanya gulungan berkelas rendah mengunakan barangan buatan Malaysia. Sebenarnya banyak barangan tempatan lebih berkualiti dan lebih murah berbanding barangan import.

Sedarlah Malaysia sebenarnya telah berjaya menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri, Sudah tiba masanya kita berhenti dari mengagungkan barangan luar, Sikap pasif hanya merugikan diri sendiri dan negara.

Kita perlu sedar sokongan kepada barangan tempatan akan mengalakkan pengusaha menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Apabila bercakap mengenai mengutamakan barangan buatan tempatan kita juga digalak memilih untuk melancung didalam negara.

Tambahan pula Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik untuk di kunjungi, Gesaan kementerian Pelancungan dan Kebudayaan supaya setiap kerajaan negeri memberi tumpuan khusus terhadap sektor pelancungan tempatan bagi menarik pelancung domestik dianggap wajar, Cadangan itu perlu di beri perhatian serius.

Kesimpulannya dengan mengutamakan barangan buatan Malaysia kita bukan sahaja dapat mengurangkan kesan daripada kejatuhan nilai ringgit lebih daripada itu sokongan kita terhadap barangan tempatan sangat penting dalam menentukan ketahanan dalam industri dan pasaran produk tempatan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.