Kiriman pada: Sat, Feb 20th, 2016

Guna Budak Sekolah Untuk Meramaikan Program Dihadiri Muhyiddin?

Kongsi maklumat ini
Tags

image

Rupa-rupanya program “Mencari Kebenaran” yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah majlis bersama satu majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang PT13.

Boleh ibarat acara penyampaian sijil itu hanyalah acara selingan sahaja kerana pada keseluruhan bunyi ucapan adalah cerita politik. Adakah patut majlis yang sepatutnya difokus kepada isu pendidikan menjadi pentas hujah cerita ‘tak puas hati’ politik.

image

Barangkali jemputan untuk Muhyiddin boleh jadi sesuai kerana beliau sendiri adalah bekas Menteri Pendidikan yang dinyatakan sebagai yang orang pertama memberi sumbangan untuk pengajaran kelas tambahan secara percuma di kawasan itu. Namun tidak pula disentuh bab pendidikan padahal beliau sedang berucap dihadapan pelajar-pelajar serta ibubapa.

Seperkara lagi, pada majlis itu juga Timbalan Presiden UMNO itu ada bertanya kepada hadirin bahawa siapakah yang menyokong Datuk Seri Najib. Tidak diketahui sama ada ia bersifat provokasi atau pun tidak, namun bagai tidak kena soalan tersebut ditanya kepada hadirin serta tidak nampak sebarang respon ‘bertenaga’ daripada hadirin.

Wujud juga persoalan dimanakah golongan-golongan yang mahu “Mencari Kebenaran” itu? Paling tidak pun warga Port Dickson sudah pastu berpusu-pusu ke majlis tersebut. Ini kerana individu yang berucap itu adalah Timbalan Presiden UMNO Malaysia yang tahu banyak ‘rahsia’ katanya. Barangkali hanya kariah di kawasan itu sahaja yang hadir ditambah kehadiran pelajar-pelajar yang ‘diraikan’.

Seperti biasa, isu yang diperbualkan pada ucapan adalah tentang 1MDB, dana 2.6 bilion dan kepincangan dalam parti. Barangkali jika ada lagi jelajah “Mencari Kebenaran” ini, maka akan berulang ayat yang sama.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.