Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

Guna Pakai SOP Pecah Masuk

Kongsi maklumat ini
Tags

2015-7-22Datuk Dr Mah Hang Soon. - Pic by Wong Tuck Keong.IPOH – Kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) memecah masuk kediaman kosong dan yang ditinggalkan bagi memerangi tempat pembiakan aedes.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, SOP berkenaan dilakukan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000) dan disokong kementerian.

Menurutnya, berdasarkan penelitian kes sebelum ini, kaedah memecah masuk kediaman bagi tujuan pemeriksaan dan pembersihan itu berjaya mengurangkan hampir 65 peratus kes penularan wabak denggi di negeri ini.

“Berdasarkan rekod ini, kita akan jadikan SOP ini sebagai satu tatacara dalam menangani penularan wabak di sesuatu kawasan yang berpunca dari kediaman kosong yang kotor.

“Sebelum ini, kita berdepan kesukaran kerana melibatkan banyak prosedur dan ada setengahnya babitkan perundangan, tapi dengan SOP ini, ia dilihat lebih sesuai dan berkesan, lebih penting ia diterima kementerian dan membantu kita menangani wabak denggi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Anti Denggi Special Task Force, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie.

Setakat ini, lebih 100 kes membabitkan kediaman kosong ditangani mengguna pakai kaedah pecah masuk rumah terutamanya di Taman Cempaka yang menjadi hot spot pembiakan aedes.

Hang Soon berkata, melalui mesyuarat berkenaan, jawatankuasa juga turut bersetuju untuk memperluaskan slot ceramah di sekolah pada waktu perhimpunan sebagai tambahan kepada panduan pengurusan pendidikan pencegahan denggi di sekolah.

Katanya, sebelum ini, pendekatan itu hanya dilakukan di sekolah terpilih yang dikesan berada dalam kawasan hot spot wabak.

“Pelajar akan dibekalkan dengan borang semakan bagi mereka memantau keadaan kawasan perumahan masing-masing berkaitan wabak denggi untuk rekod jabatan kesihatan.,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.