Kiriman pada: Tue, Jan 3rd, 2017

Guru Muda Dan Jelita Menarik Minat Kaum Bapa Menghantar Anak Ke Sekolah

Kongsi maklumat ini
Tags

Sesi persekolahan 2017 telah pun membuka tirainya dan paling teruja pada setiap tahun ialah melihat gelagat pendaftaran murid tahun satu dimana mereka mula mendepani suasana yang berbeza dari kehidupan seharian mereka tidak terkecuali bagi mereka yang pernah menduduki pra persekolahan.

Tahun ini dijangkan hampir 500 ribu kanak-kanak akan memasuki tahun satu ini bererti hampir 500 ribu juga ibu atau bapa atau wakil kepada keluarga yang akan turut hadir kesekolah bagi menemani kanak-kanak tersebut sebelum mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru alam persekolahan.

Kehadiran seramai itu bukan sahaja kita akan dapat melihat ragam kanak-kanak yang mahu masuk kebilik darjah tetapi gelagat kedua ibu atau bapa atau ahli keluarga yang mengirigi kanak-kanak tersebut dan sudah pasti gelagat guru-gru tertutama wanita sudah pasti akan menjadi perhatian wakil kanak-kanak tersebut.

Sungguhnya beruntung kanak-kanak hari ini yang memasuki alam persekolahan kerana mereka sudah pasti akan dapat memberi tumpuan kepada pelajaran kerana guru-guru yang ditempatkan hampir kesemuanya sedap mata memandang, bukan sahaja kepada murid-murid baru tetapi juga kepada kaum bapa yang kini kian rajin menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Tidak dinafikan pada hari ini ramai guru-guru yang di tempatkan di sekolah-sekolah kesemua sedap mata memandang, ini akan menambah inat anak-anak untuk datang kesekolah apatah lagi kebanyakkan guru-guru muda ini bijak melayan dan mesra kepada murid-murid, maka terbitlah lawak jenaka dari kaum bapa yang menyatakan mereka sanggup menghantar anak mereka setiap hari.

Malah sahingga ada yang membuat jenaka dengan berkata sanggup menjadi murid semula agar dapat menatap wajah ceria guru-guru muda dan jelita.

Ke semua guru-guru selamat kembali kesekolah dan berbakti mendidik anak bangsa supaya menjadi rakyat yang berguna, berkenaan kaum bapa yang semakin rajin ke sekolah dengan alasan menemani anak abaikan sahaja mereka dan berilah fokus kepada mendidik anak bangsa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.