Kiriman pada: Sun, Mar 1st, 2015

Hadapi Apa Jua Keadaan

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSINTeluk Intan – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negara ini bersatu dalam menghadapi apa jua keadaan kerana perpaduan akan menjamin kejayaan dan kesejahteraan bersama pada hari-hari mendatang.

Beliau berkata kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara terletak pada jalinan hubungan kaum yang harmoni.

Muhyiddin berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2015 di Dataran Menara Condong di sini.

Beliau berkata kepelbagaian agama dan budaya penduduk negara ini memberi kesempatan kepada kita untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Tionghua dalam suasana aman dan harmoni.

Muhyiddin berkata suasana ini memberi ruang kepada kita untuk turut sama merai semua perayaan termasuk Tahun Baharu Cina dengan penuh rasa muhibah dan meriah.

Katanya usaha seperti ini sudah pasti akan membentuk satu landasan dalam membina dan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dan persaudaraan sesama anggota masyarakat.

Sementara itu, Muhyiddin berkata pada 2015, kerajaan menyasarkan kedatangan pelancong asing sebanyak 29.4 juta melalui penganjuran ‘Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015’ dengan pelbagai program pelancongan yang menarik.

Ini termasuk Rumah Terbuka Pelbagai Perayaan di Malaysia, yang merupakan satu daripada program yang sehingga kini telah dapat menarik ramai pelancong dalam dan luar negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.