Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

Hadi dinasihatkan berehat

Kongsi maklumat ini
Tags

AHMAD RAZIF ABD RAHMAN / TERENGGANUKUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Isnin lalu, dinasihatkan berehat dan mengurangkan menerima kunjungan tetamu. Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata hasil pemeriksaan rutin mendapati tiada masalah jantung dialami Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. Katanya, Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kerana meluangkan masa menziarahinya di IJN. “Abdul Hadi juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli PAS serta rakyat yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya. “Walaupun Abdul Hadi kini berada dalam keadaan stabil, beliau dinasihatkan pakar perubatan supaya berehat dan mengurangkan kunjungan tetamu,” katanya. Selain Najib dan Ahmad Razif, turut menziarahi Abdul Hadi ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Naib Ketua UMNO Marang, Tengku Zainuddin Tengku Zahid.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.