Kiriman pada: Thu, Dec 17th, 2015

Halalkah Makanan Di McDonald’s?

Kongsi maklumat ini

halalSetelah kempen boikot restoran makanan ringan McDonald’s gagal melalui provokasi kononnya McDonald’s memberi sumbangan kepada tabung Israel kini timbul pula isu kononnya makanan di restoran berkenaan tidak halal dan daging lembu ‘bugger’nya yang di import tidak disembelih mengikut syariat Islam.

Ini juga satu maklumat yang tidak benar dan tidak berpijak di bumi nyata malah penulis berkenaan tidak penah mahu mengkaji akan duduk perkara persijilan halal yang di terima oleh restoran makanan ringan McDonald’s ini.

Untuk makluman pambaca dan penulis pojok berkenaan, McDonald’s merupakan rangkaian restoran perkhidmatan makanan segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal daripada Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri seawal 90an lagi.

Malah McDonald’s juga telah menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s pada bulan Mac 2013 dengan matlamat untuk memastikan bahawa kesemua standard Halal dipatuhi sepenuhnya.

Malah penubuhan jawatankuasa Halal Dalaman ini adalah untuk memastikan bahawa kesemua makanan dan minuman yang di hidangkan oleh rangkaian restoran McDonald’s Malaysia 100% Halal dan mendapat jaminan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lain-lain badan pengiktirafan Halal yang di luluskan oleh JAKIM.

Mereka yang di lantik untuk menduduki kerusi jawatankuasa Halal Dalaman ini adalah terdiri dari mereka yang mewakili McDonald’s seperti Ahli Lembaga Pengarah Syarikat serta jabatan-jabatan penting seperti Rantaian Bekalan, Jabatan Jaminan Kualiti, Bahagian Operasi, Sumber Manusia dan Pemasaran.

Dua orang pakar Syariah dari luar juga telah dilantik sebagai Penasihat Syariah kepada jawatankuasa Halal Dalaman ini.

Jadi soal Halal Haram didalam pengendalian makanan di rangkain restoran McDonald’s adalah jelas Halal dan tidak perlu di ragukan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.