Kiriman pada: Sun, Jan 24th, 2016

Hantar Video Lucah, Seoarang Lelaki Didenda RM5,000

Kongsi maklumat ini
Tags

Denda1Kuala Lumpur – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata seorang lelaki didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah melakukan dan memulakan komunikasi lucah secara sedar dalam bentuk video kepada seorang wanita menggunakan e-mel.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata tertuduh dikenali Azmi Yahya menghantar video lucah itu menggunakan akaun e-melnya kepada akaun e-mel milik wanita berkenaan.

Tertuduh dijatuhi hukuman pada 15 Januari lepas, selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Perbuatan menghantar kandungan lucah menerusi e-mel merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.