Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

Hanya Kerja Netizen Yang Malas ‘Google’ Tuduh Bukan-Bukan AG Dilantik Ahli Lembaga Pengarah TH

Kongsi maklumat ini
Tags

Apa yang perlu dihairankan penglibatan penjawat tinggi kerajaan dilantik menjadi ahli lembaga pengarah kepada sesebuah organisasi.

Timbul pula isu dikalangan netizen mengatakan pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji adalah habuan kepada beliau atas keputusan isu dana baru-baru ini.

Pelbagai lagi tuduhan tidak berasas para netizen yang tidak tahu hujung pangkal. Semua berasaskan sentimen berasaskan ’emosi sementara’ di media sosial.

Barangkali malas ambil tahu atau trend terkini iaitu ‘google’, ingin diberi sedikit informasi kepada netizen bahawa perkara tersebut adalah normal.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa juga dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT).

Sementara itu harus diketahui dalam Malaysia Airlines Berhad, Petronas, FELDA serta beberapa lagi organisasi juga mempunyai ahli lembaga pengarah dari kalangan penjawat tinggi kerajaan.

Jadi sebelum menuduh, adalah lebih baik para netizen yang cuba mendapatkan ‘perhatian yang lebih’ itu lebih peka terhadap perkara yang lebih realiti. Tak perlu taksub menjadi penyampai maklumat yang cetek ilmu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.