Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

Hanya seorang EXCO yang hadir daripada lima

Kongsi maklumat ini
Tags

kedah.transformed_3ALOR SETAR: Sehingga jam 10.20 pagi ini, hanya seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dilihat tiba di pekarangan Wisma Darul Aman bagi menghadiri mesyuarat kerajaan negeri, yang dijadualkan pada jam 10 pagi, hari ini. EXCO Belia, Sukan dan Kebudayaan, Datuk Aminuddin Omar, tiba di pekarangan wisma negeri itu, kira-kira jam 10.15 pagi. Terdahulu, tepat jam 10 pagi, kenderaan yang membawa Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tiba di premis berkenaan. Kenderaan rasmi Menteri Besar sehingga kini tidak kelihatan, walaupun beberapa pegawainya malam tadi mengesahkan mesyuarat kerajaan negeri akan berlangsung pagi ini. Selain itu, petugas media tidak dibenarkan memasuki kawasan wisma negeri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.