Kiriman pada: Mon, Jan 5th, 2015

Hanya Telefon Bimbit Asas Untuk Dibawa Pelajar Ke Sekolah.

Kongsi maklumat ini
Tags

nokia2Alor Setar – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain mencadangkan hanya telefon bimbit asas untuk dibawa pelajar ke sekolah.

Beliau berkata, ia lebih berupa telefon yang hanya mempunyai fungsi menghantar pesanan ringkas serta membuat panggilan dan bukannya telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi.

“Ada negara lain yang membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah tetapi dengan item untuk panggilan masuk dan keluar sahaja yang telefon sebegini ditawarkan syarikat telekomunikasi,” katanya.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung cadangan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah yang mendapat pelbagai reaksi.

Beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana bimbang ia akan mengganggu pembelajaran pelajar yang akan leka dengan telefon mereka.

Namun Tajul Urus berkata, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar bukan dibenarkan secara bebas tetapi perlu dikenakan syarat tertentu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.