Kiriman pada: Sat, Jul 25th, 2015

Haram Ambil Gaji, Elaun Lepas Sertai Harapan Baru

Kongsi maklumat ini
Tags

gjfxgjxfSHAH ALAM – Wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) haram menikmati gaji dan elaun masing-masing selepas mereka tekad dengan keputusan itu.

Ini kerana menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, kerusi yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat itu adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.

“Saya menasihatkan pihak yang berbai’ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai’ah itu kerana mereka berbai’ah dengan ALLAH.

“Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai’ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai’ah,” katanya seperti dipetik menerusi laporan akhbar tempatan, hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai’ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.

Jelasnya, akuan tersebut diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.

“Ba’iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main,” katanya.

Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.