Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Harap bahagia azab menjelma

Kongsi maklumat ini
Tags

IMRAN / MENJADI MANGSA 6 AH LONGJohor Bahru: “Saya beli teksi terpakai supaya isteri kembali ke pangkuan dan membuktikan kepada keluarga mentua yang saya masih mampu menyara isteri dan anak-anak, tetapi tidak sangka teksi itu jugalah membuat hidup saya porak-peranda dan diburu enam along kerana gagal melunaskan bunga pinjaman,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Imran, 49, mangsa pinjaman ceti haram.
Ketika ditemui di rumahnya, semalam, Imran berkata, tindakannya meminjam wang daripada enam ceti haram berjumlah kira-kira RM7,000 bagi membaiki kerosakan teksi terpakai miliknya mengakibatkan hidupnya terbeban.
“Semuanya bermula setahun lalu apabila saya membeli sebuah teksi terpakai menggunakan duit dipinjam adik tiri untuk menyara kehidupan saya, sekali gus membina semula keluarga selepas berlaku keretakan rumah tangga hampir empat tahun.
“Harapan saya kereta itu menjadi milik saya dan dapat pertahankannya, tetapi saya gagal kerana ia rosak selepas tiga bulan menggunakannya,” katanya.
Menurutnya, bagi membaiki kerosakan kenderaan terbabit dia terpaksa meminta kebenaran ibunya untuk menjual barang kemas termasuk cincin dan gelang tangan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.