Kiriman pada: Mon, Mar 2nd, 2015

Harap Kerjasama Dua Hala Antara Melaka Dan China Dapat Dipertingkat

Kongsi maklumat ini
Tags

DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKAMelaka – Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob berharap kerjasama dua hala antara Melaka dan China dapat dipertingkat bagi menyuburkan lagi sektor ekonomi kedua-dua pihak.

Beliau berkata peningkatan kerjasama itu juga memainkan peranan penting dalam usaha menggerakkan laluan perdagangan laut melibatkan pembangunan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 yang sedang diusahakan China bagi pembangunan ekonomi di rantau ini.

“Dengan Melaka mengambil bahagian dalam pelan ini (Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21) boleh menjadikan Melaka sebuah negeri pelabuhan yang akan berhubung secara langsung dengan 40 bandar pelabuhan utama di dunia.

“Melihat komitment China yang begitu dinamik, maka hendaklah peluang ini dimanfaatkan sebaiknya kerana prospek ekonominya amat besar dan mampu menyumbang kepada kegemilangan sejarah negeri kita sebagai hab perdagangan dan pusat ketamadunanan yang tersohor di Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di Seri Negeri.

Sehubungan itu, Mohd Khalil berkata hubungan antara Melaka dan wilayah Guangdong di China merupakan suatu inisiatif yang membuka peluang baharu melalui pertukaran teknologi, kepakaran dan sumber manusia.

Beliau berkata kerjasama yang baik juga akan dapat meningkatkan industri pelancongan antara Melaka dan Guangdong selain mengeratkan hubungan antara rakyat di kedua-dua belah negara berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.