Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

Harapan Baru Akan Jadi Tunggangan DAP

Kongsi maklumat ini
Tags

xvhzdSHAH ALAM – Veteran Umno mendakwa Gerakan Harapan Baru hanya akan menjadi alat dan kuda tunggangan DAP dalam usaha mereka menghancurkan kuasa Melayu di negara ini.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata namun, beliau yakin pengundi dan penyokong Pas tidak akan menggadai maruah dan dasar perjuangan ulama dengan menyokong Harapan Baru.

“Veteran Umno tidak nampak Harapan Baru boleh menggantikan Pas. Seperti Semangat 46 yang lahir dari serpihan Umno, maka begitu juga Harapan Baru yang menjadi parti serpihan Pas.

“Semangat 46 mampu bertahan beberapa tahun dengan talian hayat dari Pas dan akhirnya dibubarkan. Begitu juga dengan Harapan Baru yang akan hidup dengan ihsan dan talian hayat dari DAP tidak akan bertahan lama dan akan terkubur.

“Harapan Baru hanya menaruh harapan kepada DAP untuk berkongsi memerintah Pulau Pinang. DAP pula mengharapkan Harapan Baru dapat memenangi kerusi Dun yang sekarang dimenangi Pas di samping mengharapkan Harapan Baru mempengaruhi undi Melayu di kawasan yang calon DAP bertanding,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.