Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

Harga Minyak Jatuh Meskipun Arab, Rusia Akan Hadkan Pengeluaran

Kongsi maklumat ini
Tags

bsfnjKuala Lumpur – Harga minyak jatuh pagi tadi selepas keputusan Arab Saudi dan Russia untuk mengehadkan pengeluaran dijangka gagal menyelesaikan masalah lebihan bekalan global.

Perbincangan melibatkan Iran dan Iraq akan diadakan di Tehran lewat petang nanti.

Penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate bagi penghantaran Mac jatuh 40 sen, atau 1.6% kepada 29.04 dolar amerika setong di New York Mercantile Exchange.

Manakala minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran April jatuh 1.21 dolar amerika, atau 3.6% kepada 32.18 dolar amerika setong di London.

Dalam usaha menstabilkan lebihan bekalan dalam pasaran, Russia dan ahli OPEC, Arab Saudi, Venezuela dan Qatar mencapai kata sepakat awal untuk membekukan pengeluaran pada paras Januari dengan syarat pengeluar minyak utama lain turut bersetuju.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.