Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

HARGA MINYAK KEMBALI STABIL PADA AWAL DAGANGAN DI ASIA

Kongsi maklumat ini
Tags

fhdklKuala Lumpur – Selepas mencecah paras terendah baharu pada 27 dolar amerika setong semalam , harga minyak mentah di Amerika Syarikat kembali stabil pada awal dagangan di Asia hari ini.

Namun penganalisis pasaran berpendapat lebihan bekalan global yang berterusan akan terus memberi tekanan kepada pasaran.

Kontrak semasa West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada paras 28.70 dolar amerika setong.

Manakala penanda aras antarabangsa, Brent berada pada 27.88 dolar amerika setong.

Harga minyak mentah terus mengalami tekanan selepas pengumuman perangkaan inventori oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat.

EIA dijangka mengeluarkan perangkaan rasmi perangkaan penyimpanan hari ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.