Kiriman pada: Wed, Feb 10th, 2016

HARGA MINYAK MENTAH JATUH HAMPIR 8%

Kongsi maklumat ini
Tags

bsfnjKuala Lumpur – Harga minyak mentah dunia ditutup rendah berikutan unjuran permintaan yang lemah daripada kerajaan Amerika Syarikat dan badan pemantau tenaga dunia.

Penanda aras dunia, Brent susut 7.8% kepada 30.32 Dolar Amerika setong, penurunan terbesar dalam tempoh sehari sejak 1 September lalu.

Penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate, WTI pula turun 5.9 peratus dan ditutup pada 27.94 Dolar Amerika setong.

Minggu lalu, WTI susut kepada 26.19 Dolar Amerika setong, paras terendah sejak mei 2003.

Harga petrol di Amerika ditutup 6% lebih rendah manakala minyak pemanas jatuh hampir 7%.

Prsetasi semalaman harga minyak terus mengalami tekanan selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat menurunkan unjuran pertumbuhan permintaan komoditi itu untuk tempoh dua tahun akan datang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.