Kiriman pada: Mon, Feb 29th, 2016

Harga minyak mula buat lantunan peningkatan

Kongsi maklumat ini
Tags

copyofjapanese1414SINGAPURA: Kontrak hadapan minyak mentah naik sedikit dalam awal dagangan Asia hari ini selepas naik 15 peratus minggu lalu, sekali gus menguatkan lagi petanda harga sudah cecah paras terendah dan bakal melantun semula. Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) diniagakan pada AS$32.88 satu tong pada awal dagangan, menokok 10 cents daripada penutup terakhir dan selepas meningkat lebih 15 peratus minggu sebelumnya. Niaga hadapan antarabangsa Brent berada pada AS$35.15 satu tong, meningkat 5 cents daripada penutup terakhirnya. Penganalisis berkata beberapa isyarat awal pengukuhan tinjauan pasaran dapat dilihat selepas penurunan selama 20 bulan yang menyaksikan harga minyak jatuh sebanyak 70 peratus. “Rundingan pembekuan pengeluaran Russia dan Arab Saudi terus menyokong pasaran, manakala di Amerika Syarikat (AS) pengeluar syal terus menghentikan aktiviti dalam usaha mengurangkan perbelanjaan. Data Baker Hughes memberi petunjuk jumlah pelantar minyak jatuh sebanyak 13 kepada 400,” kata ANZ, pagi ini. Data pasaran juga memberikan bayangan petunjuk peralihan sentimen.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.