Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Harga minyak naik 3 peratus pagi ini

Kongsi maklumat ini
Tags

ilustrasi-harga-minyak-naik-3-140618-andriNEW YORK: Harga minyak menokok setinggi tiga peratus pagi ini dengan harga minyak mentah Brent disokong berita tergendala muatan bagi mengangkut minyak Laut Utara United Kingdom, sementara dagangan hadapan minyak mentah AS pula menokok susulan permintaan kukuh.

Beberapa peniaga membuat pertaruhan dagangan hadapan Brent dan AS akan jatuh pada hari-hari mendatang susulan OPEC yang kekal menentang untuk mengurangkan pengeluaran, dan kilang penapis di AS pula akan memasuki musim penyelenggaraan.

Brent, penanda aras global minyak mentah, ditutup pada AS$1.14 lebih tinggi, atau 3.4 peratus, pada AS$34.41 satu tong selepas sumber pasaran menyebut masalah muatan bagi mengangkut minyak mentah Laut Utara.

Menurut sumber, kapal supertanker disewa pedagang minyak Vitol untuk mengangkut North Sea Forties ke Korea Selatan tidak dapat melakukan muatan di Hound Point, terminal marin di Scotland, disebabkan isu teknikal.

“Sekiranya terdapat isu muatan di laut Utara, ia sebahagiannya menjelaskan prestasi Brent hari ini,” kata Matt Smith yang menjejaki muatan minyak mentah bagi Clipper Data di New York.

Dagangan hadapan minyak mentah AS ditutup naik 28 sen, atau hampir satu peratus, pada AS$32.15 selepas permintaan meningkat lebih lima peratus dalam empat minggu sebelum ini berbanding setahun lalu, demikian menurut data kerajaan.

Angka permintaan tinggi petrol itu mengalih perhatian daripada data simpanan minyak mentah AS, yang meningkat 3.5 juta tong minggu lalu untuk mencecah rekod tertinggi sejarah melepasi 507 juta tong.

Bagaimanapun, diskaun minyak mentah AS kepada Brent melebar ke paras terbesar dalam 10 minggu, selepas didagangkan pada premium kepada penanda aras United Kingdom itu hanya dua bulan lalu.

Beberapa pedagang berpendapat harga minyak mentah akan jatuh lagi pada hari-hari mendatang selepas Menteri Minyak Arab Saudi Ali al-Naimi mengetepikan akan adanya pengurangan pengeluaran.

“Kami berpendapat hanya menunggu masa saja sebelum harga jatuh di bawah AS$30,” kata Tariq Zahir, pengurus dana di Tyche Capital Advisors di New York.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.