Kiriman pada: Mon, Feb 1st, 2016

Harga Runcit Petrol Dan Diesel Turun

Kongsi maklumat ini
Tags

turunKuala Lumpur – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai esok.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz.

“Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter,” katanya ketika dihubungi.

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.