Kiriman pada: Wed, Mar 11th, 2015

Harga Sebanyak 8,285 Produk Pelbagai Barangan Telah Diturunkan Sebanyak 70 Peratus

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI HASAN MALEKKuala Lumpur – Harga sebanyak 8,285 produk pelbagai barangan telah diturunkan sebanyak 70 peratus sejak Kempen Penurunan Harga 2015 peringkat kebangsaan dilancarkan awal bulan ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kempen itu melibatkan 1,036 pengusaha industri runcit termasuk pasar raya besar serta pasar raya mini di seluruh negara.

Katanya perkembangan positif itu adalah hasil perbincangan antara kerajaan dan penggiat industri bagi menjayakan kempen penurunan harga barang.

“Kerajaan telah buat kempen penurunan harga sejak 2008 sehingga kini. Penyertaan merupakan komitmen secara sukarela dengan peratusan penurunan harga barang keperluan antara 10 hingga 70 peratus.

“Saya anggap kempen tahun ini bersejarah kerana sehari sebelum kempen dilaksanakan, kerajaan telah umum kenaikan harga minyak sebanyak RM0.25 tetapi ia tetap mendapat kerjasama pihak terbabit,” katanya menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu).

Abdul Aziz bertanya sama ada kementerian bercadang mewujudkan jawatankuasa yang dapat mencari resolusi menurunkan harga barang sejajar penurunan harga minyak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.