Kiriman pada: Sat, Aug 29th, 2015

Hari Kebangsaan Bukan Pentas Perselisihan Politik

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB_RAZAK_130715_TMINAZIRSUFARI_021Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Hari Kebangsaan tidak seharusnya dijadikan pentas perselisihan politik sekalipun terdapat perbezaan pendapat atau fahaman.

Merujuk kepada sebuah perhimpunan yang dirancang diadakan pada masa dan tempat persediaan sambutan Hari Kebangsaan akan dijalankan, Datuk Seri Najib berkata penganjur perhimpunan sepatutnya memilih waktu dan kawasan yang tidak mencetus provokasi.

“Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-58. Ia hari di mana semua rakyat mengenepikan perbezaan dan sama-sama meraikan dengan penuh rasa patriotik dan cinta akan negara.

“Apakah wajar perhimpunan ini dijalankan pada masa dan tempat yang begitu hampir dengan hari kemerdekaan kita? Fikirkanlah,” katanya menerusi siaran audio yang dimuat naik di laman web www.najibrazak.com.

Perdana Menteri berkata rakyat harus sedar bahawa ramai pihak yang berhak menerima penghormatan dan penghargaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Ia termasuk wira-wira negara yang pernah memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah kepada warga sekolah, pihak logistik dan seluruh kontinjen perarakan yang bertungkus lumus membuat persediaan meraikan Hari Kebangsaan, katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.