Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

HARTALEGA HOLDINGS Catat Keuntungan Sebelum Cukai

Kongsi maklumat ini
Tags

dkhgKuala Lumpur – Hartalega Holdings Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 32.1 % menjadi RM91.2 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2015.

Dalam satu kenyataannya, syarikat pengeluar sarung tangan nitril itu berkata pendapatannya turut meningkat; sebanyak 39 % kepada RM 398 juta.

Peningkatan prestasi kewangan itu adalah sejajar usaha berterusan kumpulan bagi mempertingkat kapasiti pengeluaran selain menerima permintaan yang kukuh.

Pengukuhan dolar Amerika Syarikat turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan Hartalega.

Syarikat itu yakin dapat terus mengekalkan pendapatan yang baik, biarpun berdepan tekanan luar, termasuk harga jualan yang lebih kompetitif.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.