Kiriman pada: Thu, Nov 12th, 2015

Hati Yang Sentiasa Berbolak Balik

Kongsi maklumat ini
Tags

doaHATI“Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU”

“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”

Menururt satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, hati dinamakan ‘qalb’ kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati jugak dianggap seperti bulu ayam tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas. Rasulullah SAW turut mengatakan bahawa hati anak cucu Adam lebih cepat berubah daripada periuk yang berisi air yang mendidih. Daripada semua kenyataan yang kukuh ni, kita semua tahu yang hati setiap manusia akan terus berbolak balik. Itu memang lumrah dan fitrah hati sang manusia.

Hati yang sentiasa berbolak balik melakarkan mood seseorang. Bila hatinya ceria gembira maka wajahnya akan sentiasa tersenyum dan tenang bila orang lain pandang. Tapi bila hati tengah resah gelisah, tidak tahu kenapa. Muka pun akan jadi ketat semacam. Orang lain pun takut nak pandang. Orang selalu cakap hal macam ini disebabkan mood berubah-ubah. Biasalah tengah dalam proses memasuki alam remaja, katanya. Tapi sebenarnya yang mengubah-ubahkan mood kita ini ialah hati. Hati adalah Raja bagi tubuh badan kita.

Abu Hurairah melaporkan dalam sebuah hadis,

“Hati adalah umpama raja dan anggota adalah sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, maka pengawalnya tentu bertugas dengan baik. Apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik maka sudah tentu pengawalnya pun begitu juga.”

Bila hati sudah menjadi raja, sudah tentu ia menjadi sasaran syaitan dan sekutunya untuk sentiasa berusaha gigih penuh jitu merosakkan raja tersebut. Bila si raja sudah dihapuskan maka rakyatnya menjadi huru hara dan sering melakukan kezaliman sesama sendiri. Sama jugak macam hati kita. Bila hati kita dah rosak dikerjakan syaitan laknatullah, habislah tubuh badan kita melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH SWT.

Rasulullah besabda yang bermaksud,

“Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar.” Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ?” Baginda menjawab, “Peperangan melawan hawa nafsu.”

[Riwayat Al Baihaqi]

Sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang kuasa luar biasa, kita kerap kali tewas dengan peperangan melawan nafsu yang semakin lama semakin meliar membelasah hati kita. Bila sudah tewas, graf dosa pulak yang meningkat akhirnya. Kenyataannya, memang kita manusia yang terlalu lemah. Dan kerana itu jugak ALLAH bersifat As Samad yang menjadi tempat meminta dan bergantung oleh manusia. ALLAH itu Maha Melindungi. Tetapi perlu diingat, jihad melawan hawa nafsu itu wajib.

Hati yang berbolak balik jugak boleh mengubah niat kita yang ingin bertaubat pada ALLAH SWT. Jauh di sudut hati kita ini sebenarnya kita selalu cuba ubah diri kita yang mungkin semakin menjauh dari ALLAH. Yaa ALLAH… susah sangat nak ubah diri yang selalu membuat sikap lagho ini. Setiap hari akan selalu mencuba niat untuk sembahyang awal tapi bila sudah masuk waktu, penyakit malas tiba-tiba datang. Dan kita pun mula menangguh-nangguhkanlah sesi perjumpaan dengan ALLAH SWT. Kita perlu kawal nafsu malas kita. In shaa ALLAH boleh.

Apabila sudah habis sembahyang, rasa menyesal dalam diri ini memang melonjak-lonjak. Terpasanglah segala niat murni dan suci abadi. Contohnya, nak sentiasa berzikir ingat ALLAH, nak solat taubat, nak qada’ solat-solat yang dulu ditinggalkan dan sebagainya. Bila berdoa, bersungguh-sungguh mintak maaf pada ALLAH, cakap taknak buat lagi tetapi abila sudah bangun dari sejadah terus semua niat itu pudar dari hati. Dan lama kelamaan lupa nak buat semua yang di niatkan. Terbukti hati kita memang macam bulu ayam yang tergantung di atas pokok rambutan. Nampak sangat iman kita memang hujung-hujung tanduk biri-biri. Bila ditiup terus terkulai rebah.
Sebab-sebab hati menjadi keras :

Banyak melalukan larangan ALLAH dan sering meninggalkan perintah-NYA.
Menjauhi diri dari ulama’.
Sering ketawa.
Mengambil makanan yang haram.

Penawar untuk hati yang keras macam batu belah batu bertangkup :

Mentarbiah hati supaya mencintai ALLAH SWT sedalam-dalamnya.
Membaca Al-Quran dan mendalami maknanya.
Mendekatkan diri kepada ALLAH melalui amalan-amalan sunat.
Khusyuk dalam solat.
Memperbanyakkan zikir dan memohon ampun daripada ALLAH.
Melakukan amal kebajikan dan kebaikan hanya kerana-NYA.
Melakukan qimullail dan berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
Sentiasa melakukan muhasabah.
Memperuntukkan masa untuk ALLAH menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
Sentiasa menziarahi kubur dan mengingati mati.
Memastikan sumber makan, pakaian dan lain-lain daripada sumber yang halal.
Duduk dan bergaul dengan para soleh dan para ulama’.

Sesungguhnya setiap apa yang ada di muka bumi ini adalah milik ALLAH. ALLAH jualah pemilik tunggal dan mutlak hati para hamba-NYA. Setiap apa yang kita perlukan semuanya bersumberkan daripada ALLAH. Tetaapi kita selalu mintak pada manusia lain yang sama sifatnya dengan kita. Yang ada kelemahan dan jugak kekurangan. Bila kita nak ketenangan atau pun perlindungan hanya perlu tadah tangan ataupun bercakap dengan ALLAH melalui hati. ALLAH Maha Mendengar. In shaa ALLAH, ALLAH akan bantu.

Kita kenalah sentiasa yakin yang ALLAH akan melindungi kita. Tapi bila sudah dalam keadaan jiwa resah gelisah dikerjakan syaitan, memang pudar keyakinan pada ALLAH. Maksudnya bukan tidak percaya ALLAH akan tetapi kita susah nak rasakan ketenangan yang diberi ALLAH pada kita. Syaitan memang suka sangat kacau hati manusia. Syaitan jika tidak dapat goda kita dengan mengajak kita melakukan dosa terang-terang, dia akan kacau atau usik atau main aca-aca dengan kelemahan kita.

Hidup ini jika tiada ujian memang tiada warna dan rencah dalam hidup kita. Susah senang kita kena ingat ALLAH itu Tuhan kita. Jika kita lari daripada ujian DIA, pasti ke kita selamat dunia akhirat? Yaa Allah… kuatkan iman kami !

“Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH SWT dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.”

Yaa ALLAH… berikan kami kekuatan.
Sesungguhnya inilah yang terbaik untuk kami dipandangan-MU.
Maka jadikanlah ianya juga yang terbaik dipandangan kami supaya kami senang dan berasa ringan menempuhinya.

Aamiin.. In shaa ALLAH..

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.