Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

HDC Lancar Pangkalan Data Halal Pertama Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

bvnfjKuala Lumpur – Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) melancarkan Pangkalan Data Halal Global (GDHP) yang pertama seumpamanya di dunia bagi menghubungkan Malaysia dengan rantaian bekalan halal antarabangsa.

GDHP menghimpun serta menghubungkan barisan pembekal, pengeluar, penyedia perkhidmatan, pembeli serta peruncit produk halal yang diiktiraf dalam pasaran global.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, GDHP akan bertindak sebagai pusat kawalan serta akses bagi kemudahan menembusi pasaran global serta menjadi hab bersepadu bagi rantaian pengurusan bekalan berlandaskan integriti halal.

Beliau ditemui ketika berucap majlis pelancaran GDHP.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.

GDHP adalah hasil kerjasama antara HDC dan GS1 yang menggunapakai standard dengan portfolio meliputi kelengkapan perdagangan elektronik seperti BarCodes dan eCom serta generasi teknologi seterusnya.

GS1 yang berpejabat di Belgium, adalah pertubuhan antarabangsa bukan berteraskan keuntungan yang menumpukan aspek menghasilkan dan pelaksanaan standard global serta penyelesaian bagi meningkatkan kecekapan rantaian bekalan dan permintaan di peringkat global serta rentas sektor.

Sementara itu, Jamil menyifatkan sistem berkenaan menyediakan kemudahan bagi pertumbuhan perkhidmatan produk halal Malaysia menerusi peluang untuk penggiat eksport, termasuk kalangan perusahaan kecil dan sederhana menerusi jaringan dengan 34 pangkalan data global sedia ada.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.