Kiriman pada: Sun, Aug 30th, 2015

Hendaklah Bersabar Dalam Bertindak

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB_RAZAK_Abdullah_Ahmad_Badawi_Raya_open_house_260715_TMINAZIRSUFARI_01Hanya kerana tidak puas hati dengan pemimpin bukan bererti membolehkan kita untuk keluar dan berdemo di jalanan.

Oleh sebab itu, Rasul telah melarang hal yang demikian

، عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : ” من كره من أميره شيئا فليصبر ، فإنه من خرج من السلطان شبرا مات ميتة جاهلية ” *

Ertinya “Barang siapa yang benci terhadap pemimpinnya maka hendaklah bersabar, maka sesungguhnya orang yang keluar dari pemimpinnya walupun satu jengkal maka dia mati seperti orang jahiliah. (HR Bukhari 6665)

Hadis Rasulullah ﷺ :
عن الزبير بن عدي ، قال : أتينا أنس بن مالك ،
tقشكونا إليه ما نلقى من الحجاج ، فقال : ” اصبروا ، فإنه لا يأتي عليكم زمان إلا الذي بعده شر منه ، حتى تلقوا ربكم ” سمعته من نبيكم صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Berkata Zubair :Kami mendatangi Anas bin Malik, maka kami mengadu kepadanya tentang tindakan Hajaj ke atas kami,

Maka berkata Anas : Sabarlah kamu semuanya, kerana tidak akan datang masa kepada kamu kecuali yang setelahnya itu lebih buruk lagi darinya, sehingga kamu berjumpa Tuhanmu , Aku telah mendengar hal ini dari Nabi kamu ﷺ Hadith Bukhari no:6675.

Hadith Rasulullah SAW :

سأل سلمة بن يزيد الجعفي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا نبي الله أريت إن قامت علينا أمراء يسألونا حقهم ويمنعون حقنا فما تأمرنا ؟ فأعرض عنه، ثم سأله فأعرض عنه، ثم سأله ثانية أو ثالثة، فجذبه الأشعث بن قيس ، وقال ” اسمعوا وأطعوا فإنما عليهم ما حملوا وعليكم ما حملتم

Ertinya : Salamah bin Yazid bertanya kepada Rasulullah ﷺ, beliau berkata : Wahai Nabi Allah ! Bagaimana pendapatMu jika yang memimpin kami meminta hak mereka kepada kami ( keta`atan ), dan tidak memberikan kepada kami hak-hak kami,

Apa yang kamu suruh untuk kami perbuat?, maka Rasul berpaling darinya, kemudian dia ( Salamah radhiyallahu’anhu ) bertanya pula, Rasulpun berpaling darinya, kemudian dia bertanya pula kali yang kedua atau yang ketiga, maka al-Asy`ats bin Qais menariknya,

Bersabda Rasulullah :Dengarkan dan ta`atlah kamu kepada pemimpin-pemimpin kamu. Sesungguhnya atas mereka tanggungjawab yang mereka bawa, dan diatas bahu kamu tanggung jawab yang kamu pikul. (HR Muslim no 1846 ).

Cukup tiga hadis ini saja, sebab banyak lagi hadis-hadis yang lain yang melarang untuk keluar dari pemerintah, bahkan di perintahkan untuk bersabar.

Berkata Imam al-Hafizh Abu Ja`far Ahmad bin Muhammad at-Thohawi 321 hijriyah :

ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا إن جاروا
Ertinya : Kami tidak berpendapat untuk keluar dari keta`atan terhadap pemimpin-pemimpin kami dan yang memegang perkara kami walaupun mereka itu jahat.(Aqidah Tohawi )

Dari hadith seperti inilah para sahabat dan tabi`in bersabar dari tindakan Hajaj as-Saqafi.

Demikian juga Imam Ahmad bin Hanbal dan para ulama-ulama besar yang di siksa (didalam permaslahan Al-Qur`an itu makhluk atau qadim ), mereka bersabar dengan pendapat mereka, tetapi mereka tidak mengajak umat untuk memberontak kekhalifahan Abbasiyyah dan tidak mengajak umat menjatuhkan khalifah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.