Kiriman pada: Fri, Dec 11th, 2015

Henti pertelingkahan, fikir nasib generasi baharu

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO 2015KUALA LUMPUR: Kepemimpinan UMNO diminta menghentikan segala pertelingkahan dalam parti atau bakal kehilangan bahtera perjuangan bangsa untuk diwariskan kepada generasi baharu. Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Wan Zokhri Wan Idris, berkata pemimpin dalam parti perlu meletakkan dasar parti mengangkat martabat agama, bangsa dan negara melebihi segalanya bagi memastikan agenda perjuangan kekal berterusan. Katanya, krisis dan bibit perpecahan yang berlaku ketika ini akan diwarisi generasi pemimpin baharu sekiranya ia tidak diperbetulkan, berbanding meneruskan legasi perjuangan parti sejak 69 tahun lalu. “Semasa bertelingkah dan bertelagah, ambil masa sejenak fikirkan tentang nasib kami. “Adakah ayahanda dan bonda (pemimpin tertinggi) semua ingin wariskan parti ini yang penuh keretakan, krisis di ambang perpecahan atau mewariskan parti yang punya sejarah dan legasi tinggi agar kami bersama-sama perjuangan parti selama-lamanya,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2015, di sini, sebentar tadi. Wan Zokhri berkata, ahli UMNO sudah tiada tiada masa lagi untuk memperjuangkan kepentingn peribadi serta mengadu domba sesama sendiri. “Jangan ada lagi yang menjadi gunting dalam lipatan dan duri dalam daging dalam parti ini,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.