Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

Henti Pertikai Kewibawaan Pasukan Petugas Khas

Kongsi maklumat ini
Tags

fdhsdKuala Lumpur – Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) meminta semua pihak menghentikan sebarang kenyataan yang mempertikaikan integriti, kewibawaan dan keanggotaan Pasukan Petugas Khas (PPK) dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi JKMR Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata JKMR yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), sebuah badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, telah dan sedang mengikuti dengan rapi perkembangan siasatan kes itu.

“PPK adalah sebuah badan yang diwakili oleh empat pemimpin tertinggi agensi yang mampu dan berkeupayaan untuk membuat penyiasatan yang begitu teliti, bebas dan telus.

“JKMR berpendapat kes 1MDB yang sedang disiasat oleh PPK merupakan satu kes yang amat penting dan serius demi kepentingan negara, maka berilah peluang mereka menjalankan siasatan dan menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Abu Zahar berkata JKMR akan meminta SPRM membentangkan secara terperinci kepada Parlimen apabila hasil siasatan PPK telah siap.

Beliau berkata JKMR berasa amat terkilan dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu yang mendakwa siasatan dijalankan oleh PPK bertujuan untuk melindungi perkara sebenar.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.