Kiriman pada: Mon, Nov 30th, 2015

Henti sebar berita kubah Makam Nabi bertukar merah

Kongsi maklumat ini
Tags

makammera.transformedKUALA LUMPUR: Penyebaran berita kubah Makam Rasulullah di Masjid Nabawi, Madinah, berwarna hijau berubah merah perlu dihentikan kerana ia tidak bermanfaat dan tidak disahkan pihak berkuasa masjid berkenaan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia perlu dihentikan segera kerana dibimbangi menimbulkan khurafat yang bertentangan ajaran Islam. “Saya sendiri tak pasti dengan kesahihan berita itu kerana tiada pengesahan pihak berkuasa di sana mengenainya. “Berita seumpama itu tidak elok disebarkan kerana ia tidak memberi sebarang manfaat,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi ketika diminta mengulas laporan kononnya kubah makam Rasulullah bertukar merah selepas solat Isyak, semalam. Berita kubah makan Nabi Muhammad SAW bertukar warna merah bukan kali pertama dihebohkan di laman sosial, sebaliknya pernah viral, Mac lalu. Ada berpendapat ia berpunca pantulan cahaya lampu yang membias ke kubah makam menyebabkan berlaku perubahan warna pada kubah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.