Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Henti tuduh 1MDB yang bukan-bukan

Kongsi maklumat ini
Tags

1mdb-malaysia (1)KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghentikan segala dakwaan tidak berasas berkaitan urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan awal siasatan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati tiada bukti sebarang salah laku, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang “kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu” tidak timbul.

“Adalah menjadi harapan saya agar semua dakwaan tidak berasas itu dihentikan. Kita harus bersabar dan menunggu laporan akhir daripada (Ketua Audit Negara) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Husni, fokus kerajaan sekarang ialah terhadap pelan rasionalisasi bagi menyelesaikan isu-isu berhubung hutang 1MDB.

“Matlamat khusus pelan rasionalisasi itu ialah untuk menyeimbangkan aset dan hutang 1MDB bagi mendukung struktur kewangannya untuk memastikan kemampanannya pada masa hadapan,” katanya.

The Wall Street Journal (WSJ) dua minggu lalu menerbitkan satu artikel mendakwa wujud penyalahgunaan dana daripada 1MDB.

Laporan itu mendakwa AS$700 juta disalurkan dari syarikat berkenaan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.

Ia kemudian membawa kepada penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat penyelewengan dana berkenaan.

Langkah pertama diambil pasukan itu, ialah dengan membekukan enam akaun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan penyelewengan dan diikuti dengan serbuan di pejabat 1MDB.

Najib kemudian memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ menerusi Firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.