Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

Hentikan perbalahan terbuka Tun M dan PM

Kongsi maklumat ini
Tags

image (1)JOHOR BAHRU – Perbalahan terbuka antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dihentikan segera untuk mengelakkan masalah pelaburan asing.

Exco Wanita Umno, Senator Datuk Norliza Abd Rahim berkata, tempoh lima bulan pertama tahun ini menyaksikan sebanyak RM6.7 bilion pelaburan asing keluar dari negara ini sedangkan sepanjang 2014 pelaburan asing keluar dari Malaysia mencatatkan RM6.9 bilion.

“Kedua-dua pemimpin itu mempunyai pengalaman dan sangat bijak sehingga mempunyai pengaruh tersendiri, jadi tidak elok berbalah secara terbuka kerana kesannya kita bimbang menjejaskan pelaburan asing.

“Jumlah pelaburan asing yang keluar dari Malaysia dicatatkan begitu tinggi dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini yang dibimbangi nilai ringgit makin lemah ekoran kurang keyakinan pelabur luar kerana politik negara bermasalah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Wanita Umno Bahagian Pulai, di sini, semalam.

Norliza berkata, semua ketua Umno bahagian disaran bersatu mencari kaedah agar dapat menyelesaikan perbalahan itu secepat mungkin.

Menurutnya, ini memandangkan pemimpin di peringkat akar umbi menerima tekanan daripada ahli dan rakyat untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

“Kita mohon semua ketua Umno bahagian bersatu untuk menyelesaikan kemelut kedua-dua pemimpin berpengaruh ini kerana kita di peringkat bawah tertekan dengan keinginan rakyat untuk mengetahui situasi sebenar.

“Gerakan penerangan perlu diperhebatkan kerana kita tidak mahu diambil kesempatan oleh pihak pembangkang,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.