Kiriman pada: Wed, Aug 12th, 2015

‘Hentikan politiking!’

Kongsi maklumat ini
Tags

gmfSHAH ALAM – Semua ahli Umno digesa segera menghentikan bercakap mengenai isu politik yang boleh meretakkan perpaduan dalam parti.

Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, semua ahli perlu memberi tumpuan dalam memantapkan parti dan meraih sokongan akar umbi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Cukuplah, hentikan politiking. Marilah kita bekerja dalam satu pasukan untuk berdepan dengan pihak lawan (pembangkang),” katanya memetik catatan terbaharu dari blog Umno Cheras.

Menurutnya, ahli Umno kadang kadal terlalu banyak bercakap daripada bekerja hingga ia memberi kesan negatif kepada pandangan umum.

“Yang suka buat cerita tokok tambah dan persepsi liar ini kadangkala datangnya daripada orang kita sendiri (Umno), ini yang tak berapa elok.

“Kadang-kadang kita terlalu banyak sangat bercakap tapi tak buat kerja untuk parti, suka buat andaian dan persepsi yang bukan-bukan sehingga memberi kesan negatif kepada masyarakat umum,” katanya.

Katanya, meskipun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin Umno bukan bermakna parti itu berdepan krisis besar hingga menghakis keyakinan rakyat.

“Percayalah, rakyat tetap bersama Umno, tinggal lagi sesama pemimpin perlu ada jalinan kerjasama yang kukuh, ketepikan perasaan syak wasangka” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.