Kiriman pada: Wed, Nov 9th, 2016

Hidupkan Masyarakat Yang Berjiran

Kongsi maklumat ini
Tags

masyarakatKesibukan kehidupan hari ini menyebabkan semangat kejiranan kita kini kian pudar, malah ada juga yang tidak kenal rupa malah jauh sekelai mengenali nama jiran sebelah rumah, kesibukkan bekerja dan banyak menguruskan urusan diluar rumah menyebabkan kita tidak sedar telah mengabaikan tanggung jawab kepada jiran tetangga.

Wal hal jiran tetangalah sepatutnya menjadi orang paling rapat dengan kita, sayang sekali jika kita tidak mengamalkan kehidupan berjiran dengan baik, kerana jiranlah orang yang terdekat yang boleh membantu kita semasa dalam kesusahan.

Maka di sinilah peranan rukun tetangga begitu penting, melalui rukun tetangga semangat kejiranan dapat disemarak menerusi pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama sama, ia juga langkah pertama kearah perpaduan nasional dan keharmonian sejagat yang berterusan.

Penubuhan skim rukun tetangga pada tahun 1975 awalnya bertujuan memastikan keselamatan penduduk mengikut sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.

Tahun bersilih ganti konsep rukun tetangga mengalami fasa perubahan selaras dengan peredaran sosio ekonomi negara, pada tahun 1984 konsep rukun tetangga diperluas meliputi konsep kejiranan, matlamatnya untuk meningkatkan semangat kejiranan dan perpaduan setempat.

Pada tahun 2001 konsep rukun tetangga diperluaskan lagi kepada pembanggunan komuniti yang meliputi aspek yang lebih menyeluruh dan pada tahun 2010 konsep skim rukun tetangga ditambah baik kepada model transformasi rukun tetangga, perlaksanaan program dan aktivitinya berlandaskan 5 teras, ia itu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup.

Sahingga Ogos tahun ini terdapat 7661 rukun tetanggan di seluruh negara meningkat 206 berbanding 7455 pada tahun lepas, peningkatan ini menunjukkan kesedaran rakyat tentang pentingnya konsep ini diamalkan.

Rakyat semakin sedar bahawa sikap mengasingkan diri dan enggan bercampor dengan orang sekeliling perlu dikikis demi kepentingan bersama, semangat kejiranan yang semakin pupus sebenarnya memberi peluang kepada individu yang tidak bertangungjawab untuk melakukan jenayah dengan mudah.

Jangan menjadikan kekangan masa sebagai alasan untuk kita tidak berinteraksi dengan jiran, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pelbagai komuniti rukun tetangga untuk megeratkan hubungan dikalangan jiran tetanga, contohnya melalui laman Face Book, Blog dan aplikasi WhatApps.

Pengunaan medium-medium tersebut dapat mengatasi kekurangan masa untuk beramah mesra antara satu sama lain disebabkan kesibukkan bekerja dan urusan seharian yang padat, pada masa yang sama membolahkan segala maklumat di war-warkan berkaitan kawasan tempat tinggal kita.

Paling penting kita perlu mengubah sikap tidak ambil peduli pada orang sekeliling, ambil tahu permasalahan yang berlaku dalam komoniti masing-masing, ini kerana apabila sesuatu masalah itu menjadi besar ia akan memberi impak kepada komuniti, sikap masyarakat yang tidak mahu masuk campor masaalah atau urusan orang lain termasuk jiran sendiri merupakan antara penyumbang kepada kegiatan jenayah dan masalah sosial.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.