Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

Hilang Kepercayaan Terhadap Mukhriz: Penampakkan ‘Pakar Politik’ Dikesan Di Media Sosial

Kongsi maklumat ini
Tags

rsjlSusulan pengumuman UMNO Kedah yang sudah hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, suasana di media sosial sudah mula bergegar.

Semakin ramai warga netizen mula menjadi ‘pakar politik’ negeri Kedah. Pelbagai andaian dan teori mula tersebar dikalangan pengguna media sosial. Bagai tahu semua perihal politik di Kedah, komen-komen pedas mula membanjiri dinding Facebook sebagai contoh.

Pakar politik media sosial seronok berhujah dengan ulasan-ulasan politik ‘mata kasar’ mereka tanpa ada sedikit pun ilmu politik sebenar. Hujah diberi berdasarkan emosi semata-mata untuk menunjukkan rasa simpati serta amarah. Apa yang dipercayai ada gambaran hadapan, namun apa disebalik tidak mahu diambil tahu.

Kata sepakat oleh 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.