Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

Hilang percaya terhadap Mukhriz bukan soal peribadi

Kongsi maklumat ini
Tags

mukhALOR SETAR: Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menegaskan keputusan dicapai kepemimpinan UMNO negeri terhadap Menteri Besar Kedah, dibuat demi kepentingan parti dan langsung tiada kaitan dengan soal peribadi.
“Sebenarnya ‘gerakan’ ke arah ini sudah lama ada, tetapi masing-masing lebih bersifat tunggu dan lihat, sehinggalah tindakan bersifat konsensus ini diambil.
“Saya menyokong penuh kenyataan media yang dibuat secara bersama ini dan berharap Perdana Menteri dapat segera menyelesaikan kemelut ini, demi kelangsungan Kedah dan rakyat,” katanya yang dihubungi di London.
Terdahulu pada sidang media petang tadi, seramai 13 daripada 15 Ketua UMNO Bahagian di Kedah, sepakat menyuarakan rasa hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepemimpinan Mukhriz untuk memimpin parti dan negeri.
Serentak itu, mereka merayu Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, untuk membuat perubahan dengan kadar segera ke atas kepemimpinan UMNO negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah.
Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang media khas selepas perjumpaan tertutup hampir sejam di Grand Alora, di sini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.