Kiriman pada: Sat, Dec 31st, 2016

Himpunan ‘Bebaskan Anwar, Selamatkan Malaysia’ Hina Mahkamah

Kongsi maklumat ini
Tags

Bukit Mertajam – UMNO Permatang Pauh menyifatkan himpunan ‘Bebaskan Anwar, Selamatkan Malaysia’ yang dijadualkan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, pada 9 Januari ini adalah tindakan menghina sistem perundangan negara.

Ketuanya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, berkata solidariti untuk menunjukkan kesetiaan dengan memperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak menjadi masalah, tetapi perbuatan mengadakan himpunan itu dianggap menentang dan menghina keputusan mahkamah.

Berikutan itu, beliau menasihatkan pengikut parti politik berkenaan akur dengan keputusan mahkamah dan berhenti daripada menghasut orang awam menyertai perhimpunan itu.

“Jika dilihat kepada slogan himpunan itu juga membawa maksud kurang baik dan ia secara tidak langsung mencetuskan ketidaktenteraman awam apabila berlaku penentangan terhadap undang-undang negara.

“Perkara ini yang kita cukup takut dan perlu ditegah kerana tidak mahu budaya menentang undang-undang ini diterapkan kepada orang awam yang mengikuti himpunan itu, yang mana akhirnya akan menghina institusi mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 260 guru dan penyelia KAFA Parlimen Permatang Pauh di Wisma Transformasi UMNO, di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.