Kiriman pada: Sun, Aug 30th, 2015

Himpunan Haram Bersih Terus Ke Minggu Hadapan?

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (24) copySetelah semalaman melepak di sekitar dataran di selang-seli dengan ‘ceramah’ motivasi membangkit semangat, walaupun kurangnya provokasi cukup sekadar pemimpin ‘bertwitt’ menyatakan himpunan berjaya dan kerajaan sudah mula goyang dengan kehadirian ‘ratusan ribu’ peserta membantah.

Alhamdullilah celik mata masa subuh tadi, terus buat semakkan, Alhamdullilah Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak masih lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia, Walaupun waktu Magrib semalam himpunan haram ini di lawati oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad.

Ramai yang terpinga-pinga dengan kehadiran Tun Mahathir, Tetapi itu adalah perkara biasa sahaja, Ketika bertindak di zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri beliau keluar dari UMNO, tetapi kini pendekatan baru tak boleh keluar UMNO kalau keluar juga beerti Tun Mahathir akan mengikut jejak langkah Tunku Abdul Rahman, Mati bukan sebagai Ahli UMNO.unnamed (25) copy

Tetapi kehadiran Tun mahathir telah memberi satu semangat baru kepada peserta perhimpunan haram yang sudah kehilangan hala tuju pada waktu itu, dijalanraya juga sudah tiada kelihatan si baju kuning, kesemuanya sudah pun berada di bilik-bilik hotel kecuali macai-macai kecil yang terguling-guling di sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Tun Mahathir bukan hero pada waktu itu, Tetapi Tun adalah mangsa lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja asal boleh bernafas dan terus hidup walaupun terpaksa berpaut pada longokkan najis. Bersih 4 ini juga adalah najis yang membusukkan sahingga serata dunia terhidu bau busuk.

unnamed (26) copyKetika negara sedang membuat persediaan akhir untuk menyambut dan merayakan hari kemerdekaan, Terdapat segelintir rakyat yang tak pernah bersyukur membuat onar membusukkan jenama Malaysia dengan melakukan perhimpunan haram Bersih 4 atau disebut juga BERSHIT.

Mungkin dengan kehadiran orang yang dah nak lemas dan cuba berpaut walaupun pada segumpal najis, Semangat berjuang yang dah mula layu, telah meningkat kembali, Maka pehimpunan haram ini perlu boleh diteruskan sahingga seminggu lagi, Jika di ikutkan kata-kata semangat pemimpin mereka ” Jika tidak Minggu ini, Minggu Depan”.

Jika semalam di khabarkan terdapat 13 orang yang di masukkan ke hopital dengan pelbagai penyakit termasuk keracunan makanan, Maka jika di teruskan lagi seminggu mungkin akan penuh hospital di harapkan dengan segala penyakit termasuklah penyakit salah lubang mengawan, Ketika itu jangan malu malu menempek muka di hospital kerajaan.

Yang seronok membuat kemah tetapi tidor di tepi kemah kerana kepanasan boleh lah memasang air cond sementara didalam kemah untuk mengelakkan kepanasan, Agar matlamat untuk berhimpun selama seminggu mencapai kejayaan mutlak pada peserta perhimpunan dan lambang kemenangan kerana berjaya mengotorkan kawasan awam.

Ini lah matlamat perhimpunan Bersih4, bukan apa sangat cuma seronok berkumpul ramai-ramai dan segala perkara maksiat akan terkabur atas nama ‘Perjuangan’, Akan terhalal segala yang haram atas nama itu, Jadi pehimpunan haram ini patut di teruskan sahingga minggu depan.

unnamed (27)

unnamed (28)

unnamed (26) copy

unnamed (25) copy

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.