Kiriman pada: Fri, Aug 28th, 2015

Himpunan Jalanan, Ingatlah Harapan Ibu Bapa

Kongsi maklumat ini
Tags

Msiswa Bebas 2Setiap insan mahukan kehidupan yang aman damai dan harmoni. Tiada sesiapa mahukan keadaan porak poranda. Disebabkan itulah, timbul keresahan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat apabila ada pihak-pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan jalanan bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Malah, perhimpunan jalanan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa seperti dirancang pada Sabtu ini, boleh mengundang pelbagai kesan negatif.

Mengikut perancangan perhimpunan itu di jangka diadakan berhampiran Dataran Merdeka Kuala Lumpur selain diadakan serentak di Kuching, Serawak dan Kota Kinabalu, Sabah. Menurut pihak Polis Diraja Malaysia perhimpunan yang diadakan pada hujung minggu ini adalah haram disisi undang-undang, kerana tidak mematuhi akta Perhimpunan Aman 2012.

Kita tidak menafikan dalam amalan demokrasi semua pihak bebas untuk bersuara, Namun perlu di ingat didalam realiti kehidupan tiada kebebasan muktlak. Kita terikat dengan undang-undang dan peraturan, Jika tidak bersetuju dengan sesuatu perkara ada saluran tertentu yang boleh di gunakan bagi meluahkannya.

Apa yang penting semua pihak harus melakukannya secara rasional, Keselamatan dan kestabilan negara perlu menjadi imbangan utama.ada yang mengambil kesempatan bertindak liar

Berbalik kepada himpunan yang bakal di adakan pada Sabtu ini, Seolah-olah pihak yang menganjurkannya mempunyai motif tersembunyi menjelang sambutan hari kebangsaan 2015. Semua pihak sedia maklum tarikhnya bertindih dengan tarikh sambutan peringkat kebangsaan.

Sebagai warga negara yang cintakan keamanan, Kita sewajarnya menghormati acara yang berkaitan dengan hari kebangsaan. Berdasarkan pengalaman lalu penganjuran himpunan jalanan banyak memberi kesan burk. Pergerakan orang ramai terbatas dan terpaksa mengelak daripada kawasan-kawasan berdekatan tempat perhimpunan.

Peniaga pula terpaksa menutup operasi bagi mengelak perkara yang tidak di ingini, Begitu juga dengan pemadu teksi yang turut tempias, Malah ia boleh memberi gambaran buruk kepada pelancung.

Dalam keghairahan peserta perhimpunan ada peserta yang bertindak liar seperti merosakkan harta benda awam. Apatah lagi dalam kejatuhan nilai ringgit sekarang perhimpunan saperti itu akan menambah burukkan lagi keadaan. ia juga akan memberi kesan nagetif kepada perdagangan dan pelaburan Malaysia.

Perhimpunan haram dan keadaan huru-hara boleh membuatkan pelabur asing hilang keyakinan untuk melabur di negara ini.

Kepada anak-anak muda khusunya mahasiswa mereka perlu lebih rasional dan tidak di peralat oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Sebagai bakal menjadi pemimpin masa depan segala ti dakan mereka akan mencerminkan keadaan negara pada masa akan datang.

Pelajar yang terbabit boleh di kenakan tindakkan tatatertip mengikut akta dan prosidur universiti, Antaranya digantung pengajian atau dibuang dari universiti.

Ingatlah akan tangungjawab sebagai pelajar dan harapan ibu bapa yang banyak mengorbankan wang ringgit.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.