Kiriman pada: Fri, Mar 27th, 2015

Himpunan Kita Kacau Rumah Orang Kahwin

Kongsi maklumat ini
Tags

NKN_7929_FotorKuala Lumpur – Ada yang mengatakan perhimpunan aman adalah lambang sebuah peluang untuk rakyat yang berani tunjuk rasa hati mereka, Ia sebuah medan menunjuk kuasa dan hak rakyat. Malah mereka berpendapat bahawa rakyat yang paham hak mereka akan memanfaatkan ruang yang ada untuk berekspresi tanpa sombrono tetapi menyusunnya dengan sistematik.

Mereka perlu mencipta suasana dan ungkapan ungkapan memburukkan pemerintah dan mesti di pahat didalam hati rakyat agar terus berani menentang kerajaan sahingga kerajaan atau pemerintah itu menurut kehendak rakyat. Mereka menganadaikan segala usaha mereka membawa rakyat ke jalan raya mendapat sambutan dan rakyat di katakan menyertai demo di jalan raya kerana begitu tertekan dengan kezaliman kerajaan hari ini.

Mereka mengambil contoh himpunan #KL112 sebagai contoh kejayaan mereka menganjurkan demo di jalan raya yang mana di katakan mendapat sambutan yang di luar dugaan mereka, Melalui panduan ini mereka seterusnya merancang dan demi perancangan di buat untuk mengheret rakyat yang di katakan menyokong tindakan mereka untuk berdemo di jalan raya.

Benarkah sambutan yang di berikan kepada gerakan demo di jalanan ini sangat menerujakan dan menakutkan kerajaan hari ini?. Satu soalan yang perlu dilihat dengan fakta kebenaran dan bukan syok sendiri.

Benar kita mempunyai hak untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kita, Kerana kita yang tidak berpuas hati tetapi bagaimana pula dengan rakyat yang senang dengan pentadbiran kerajaan juga cara hidup masa kini mereka, Ya!’ mereka yang bersyukur dengan nikmat yang mereka dapati hari ini di bawah kerajaan yang sama sejak hampir 58 tahun sahulu.

Kerajaan yang sama ini juga yang telah membenarkan mereka ini berhimpun di dalam sebuah stadium untuk himpunan #KL112, Buat lah apa yang mereka nak buat tiada siapa pun yang marah, Baik peniaga kecil di tepi jalan sahingga si pemandu teksi, Tetapi ini tidak di kira sebagai kebaikkan tetapi masih berkata ia sebuah kerajaan yang zalim.

Tetapi sejak dua menjak ini sebaik selepas sejarah #KL112, himpunan yang mereka anjurkan kini sudah kurang sambutannya, maka oleh kerana itu satu cara lain perlu di lakukan, maka mereka mengulangi untuk membawa penyokong mereka ( bukan rakyat sebenarnya) untuk mengganggu di jalan raya. Mengapa mereka memilih jalan raya dan mengapa memilih jalan raya di sekitar komplek membeli belah.

Dengan jalan jalan berhampiran pusat membeli belah ini sahaja mereka dapat melindungi kemaluan mereka jika tidak mendapat sambutan, Mereka boleh menumpang orang ramai yang datang ke pusat membelilah berkenaan kononnya peserta yang menyokong mereka. Ini lah sahaja yang mampu melindungi aib mereka.

Jika mereka berbangga dengan projek #KL112, tetapi mereka menanggung malu dengan projek #Kitalawan yang tidak mendapat sambutan, cuma bernasib baik mereka berlindung dengan kehadiran orang ramai yang menghabiskan hujung minggu bersama keluarga di pusat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur terutama di jalan Tuanku Abdul Rahman yang menerima kunjungan paling ramai pada hujung minggu kerana ada Pasar Malam Terbesar di jalan Masjid India.

Mereka menyebut #KL112 sebagai kayu pengukur kebangkitan rakyat tetapi merasa malu dengan kegagalan #Kitalawan yang motifnya tidak pasti jika ada pun sekadar nak bebaskan seorang penjenayah yang dah di dapati bersalah oleh makamah.

Atas kegagalan #Kitalawan maka mereka sedang merancang pula sesuatu gerakkan untuk mengekalkan memomtem agar penyokong mereka masih ada aktiviti hujung minggu untuk di lakukan. Agak pelik juga rancangan mereka pada kali ini kerana mereka nak menggangu keharmonian majlis perkahwinan yang akan di adakan di Kuala Lumpur hujung minggu ini.

Tidak tahulah apa penyakit yang sedang melanda puak ini sahingga majlis Perkahwinan orang pun mereka nak tumpang. Tetapi tidak hairan kerana kebiasaannya di majlis saperti ini lah terdapatnya ramai orang, jadi bolehlah mereka menumpang kehadiran di majlis ini kononnya ini adalah ‘Rakyat’ yang menyokong perjuangan mereka, apa punya dol lah mereka ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.