Kiriman pada: Sat, Jan 28th, 2017

Hina Raja Thai: Pemuda Dihukum Penjara 11 Tahun

Kongsi maklumat ini
Tags

Bangkok – Seorang pemuda tempatan dihukum penjara selama 11 tahun dan empat bulan selepas disabit kesalahan memfitnah raja dan melanggar Akta Jenayah Komputer Thailand berhubung satu komen di laman sosial Fecabook tahun lalu.

Menurut peguam, Anon Numpa, anak guamnya, Burin Intin, 28, mengaku bersalah memuat naik satu komen berunsur memfitnah keluarga diraja Thai di Facebook dan aplikasi sembang dalam talian.

Dia dicekup pada 27 April lalu selepas menyertai protes aman terhadap kerajaan junta dan ditahan reman tiga hari kemudian.

Anon berkata, beliau akan mengemukakan rayuan supaya hukuman terhadap anak guamnya boleh diringankan, namun tidak akan memohon pengampunan diraja. – REUTERS

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.