Kiriman pada: Thu, Oct 27th, 2016

Hipokrit Manusia Politik Ketika Hilang Jawatan

Kongsi maklumat ini
Tags

hipokrasiDidalam perbicaraan adakalanya sesuatu kes boleh terlepas kerana kebijakkan pihak peguam yang membela orang yang tertuduh maka kes pun akan selesai dan adakalanya ia berkaitan dengan masalah teknikal bersoaljawab walaupun hakikatnya kesalahan yang dilakukan pernah diketahui umum.

Begitu juga dengan hal berkaitan akur janji yang dilafaskan dan cakap cakap pada orang sekeliling ada kalanya tetap menjadi perkara pokok yang dipegang, walaupun kini terpaksa memuatarbelitkan kenyataan kerana mahu menyelamatkan nyawa dan badan, ada yang sanggup menafikan apa yang pernah dilafaskan suatu ketika dahulu, malah ada yang melakukan perbuatan sahingga menampakkan pembohongannya dengan tidak merasa bahawa banyak mata yang melihat apa yang sedang diperkatakan.

Mungkin mereka ini terlupa bahawa pada suatu ketika dahulu mereka juga ada bercakap kepada rakan-rakan akan apa yang berlaku dan mempertahankan kenyataannya itu, tetapi selepas tidak lagi bersama maka segala akur janji dan cakap-cakap dahulu sudah seperti helaian benang kapas yang terbang dibawa angin.

Begitulah halnya yang berlaku dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, bekas Menteri Kabinet Datuk Seri Shafie Afdal dan bekas Menteri Kewangan Ke dua Datuk Seri Husni Hanaskah, ketiga mereka pernah bersama didalam kabinet kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga adalah orang yang sama duduk berbincang dan bersama bersetuju dan akur dengan segala perkara yang dibincangkan bersama menteri-menteri yang lain serta mereka juga adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang bersama membuat sebarang keputusan politik dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Tetapi hari ini lain jadinya ketika mereka sudah berada diluar kerajaan dan parti UMNO, bukan kerana mereka yang meletak jawatan mahu pun secara suka rela melepaskan jawatan politik didalam UMNO, tetapi mereka semua ini dipecat kecuali Husni Hanazlah yang mengambil keputusan untuk tidak bersama kerajaan apabila tidak dapat menerima pertukaran jawatan dari Menteri Kewangan dan menjadi Menteri di sebuah kementerian yang lain.

Mereka membelasah kerajaan dan semua eputusan yang pernah mereka persetujui dahulu malah Muhyiddin pernah berkata bahawa dirinya bukan Anwar Ibrahim dan tidak akan bertindak seperti Anwar jika dirinya di pecat dari UMNO dan dia akan kekal bersama UMNO kerana dirinya adalah totok kepada UMNO, tetapi politik itu seribu kemungkinan lain di cakap lain dibuatnya.

Tidak sampai sebulan setelah dipecat beliau menubuhkan sebuah parti baharu dan mula menyerang semua dasar kerajaan dan mempersoalkan dana parti, sedang suatu ketika dahulu beliau turut bersetuju setiap perancangan jangka panjang dan jangka pendek kerajaan malah berkata bahawa Presiden parti berhak untuk menguruskan dana politik yang disumbangkan kepada parti.

Semasa didalam kerajaan tidak pernah pun beliau menyuarakan akan kelemahan yang ada didalam segala perancangan kerajaan kerana beliau sedia maklum bahawa setiap perancangan kerajaan sudah pasti akan mengambil masa untuk dilihat hasilnya, sedangkan menanam padi pun harus menunggu masa untuk di tuai dan diproses sebelum menjadi beras untuk di masak dan dimakan.

Begitu juga dengan Shafie yang kini mempersoalkan setiap inci projek kerajaan sedangkan ketika bersama dan masih memegang jawatan didalam kerajaan beliau hanya tahu mengangukkan kepada dan mengunci mulut dari berkata-kata, mungkin kkeputusan dibuat didalam bahasa Malaysia yang beliau kurang mahir agaknya sahingga menumbulkan keraguan setelah dipecat dari jawatan kerajaan dan politik parti UMNO.

Beginilah rupa bentuk perangai manusia yang terlalu banyak ‘hanky pangky’ didalam dunia politik, setiap perkara yang ebrlaku jika tidak memihak kepada diri mereka maka segala yang baik aka menjadi buruk seburuknya sdang perkara yang samalah yang diusung dan diangkat kelangit setinggi dan sewanginya.

Hipokrit manusia politik akan jelas kelihatan ketika mereka sudah mula hilang segala kenikmatan yang mereka nikmati selama mereka berkuasa dan ketika ada hajad mereka yang tidak tertunai.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.