Kiriman pada: Sun, Jul 5th, 2015

Hishammuddin Minta Masyarakat Tidak Bertindak Melulu

Kongsi maklumat ini
Tags

ghxgKuala Lumpur – Masyarakat digesa supaya tidak bertindak melulu dan terus menghukum Datuk Seri Najib Tun Razak susulan dakwaan media antarabangsa terhadap perdana menteri berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menarik perhatian bahawa dakwaan yang dilemparkan itu hanya berdasarkan laporan media yang belum disahkan kebenarannya.

Dalam kenyataannya, beliau menggesa pihak yang membuat dakwaan itu supaya tampil dengan bukti kukuh.

“Ini penting kerana dakwaan ini bukan sahaja melibatkan maruah dan kredibiliti perdana menteri, malah imej kerajaan Malaysia di mata dunia,” kata Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO.

Satu laporan The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Datuk Seri Najib menerima sejumlah dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Najib dalam kenyataan pada Jumaat antara lain menegaskan beliau tidak pernah mengambil dana 1MDB atau mana-mana entiti untuk kepentingan peribadi, dan menyifatkan dakwaan palsu itu sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.