Kiriman pada: Tue, Jul 28th, 2015

Hishammuddin minta semua pihak tidak melatah, beremosi

Kongsi maklumat ini
Tags

hishamuddin-S-560x3501KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan semua pihak untuk tidak melatah dan beremosi berhubung tindakan Perdana Menteri merombak jawatan timbalannya dan beberapa pemimpin lain. Katanya, Datuk Seri Najib Razak, semestinya sudah melakukan penelitian secara terperinci sebelum membuat keputusan itu demi kebaikan parti dan negara. “Perdana Menteri dah buat keputusan dan kita kena patuh selain membantunya menjalankan setiap tugas yang diamanahkan demi kemakmuran dan kestabilan negara kita.

“Selain itu kita juga kena berusaha dalam memastikan landskap politik negara tidak menjejaskan aspek keselamatan hingga mewujudkan perpecahan,” katanya ketika ditemui sejurus pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai rombakan Kabinet.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.