Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

HLIB Saran ‘Beli’ Saham Pharmaniaga

Kongsi maklumat ini
Tags

dvbdgKuala Lumpur – Hong Leong Investment Bank (HLIB) memberi saranan “beli” bagi saham Pharmaniaga Bhd, syarikat penjagaan kesihatan tempatan dengan harga sasaran kekal pada RM6.93 susulan keputusan suku tahun kedua yang lebih baik.

Pharmaniaga mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi pada RM25.06 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2015 berbanding RM24.62 juta pada suku yang sama tahun lepas manakala perolehan susut kepada RM512.85 juta daripada RM525.07 juta sebelumnya.

“Kami menganggapnya dalam jangkaan memandangkan suku kedua biasanya rendah memandangkan kebiasaannya separuh tahun pertama mewakili 45 peratus hingga 56 peratus pendapatan tahun penuh,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.